Sunday 2 December 2012

Nak Hilangkan Panau Atau Kurap?

Bagi yang tinggal di asrama, masalah dijangkiti panau dan kurap memang biasa berlaku. Lebih-lebih lagi jika
dapat rakan sebilik @ se"dorm" yang kurang menitikberatkan kebersihan.

Lengkuas genting ni agak berbeza sikit daripada lengkuas biasa. Saiz dan akarnya lebih kecil. Sila rujuk gambar di bawah ya. Anda boleh mencarinya di kawasan tanah poros yang cepat menyerap air.







Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan tumbuhan ini seperti berikut;

1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.

2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.

3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.

4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.

Ulang petua ini beberapa kali sehinggalah panau ataupun kurap pada kulit anda hilang sepenuhnya.


Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.


Begini caranya;

1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.

2. Bersihkan daun serta akar tadi.

3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.

4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.

5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.

6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.

Sapu lagi selepas beberapa jam hinggalah rasa sakit urat ataupun sakit tulang berkurangan dan kembali lega seperti sediakala.


Sekian saja petua yang mampu saya kongsikan dengan anda yang budiman. Jumpa lagi lain kali yea. Kalau nak komen atau kongsikan pengalaman anda, sila gunakan ruangan komen@ulasan sebaik mungkin yea.

Monday 1 October 2012

Cara Melembutkan Kulit Dengan Limau Nipis


Limau nipis bukan saja bagus untuk mencantikkan kulit muka anda. Jika dulu, saya pernah memuatkan artikel mengenai Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis. Di mana penggunaan limau nipis hanya tertumpu pada kulit muka.

gambar limau nipis untuk melembutkan kulit


Kini, saya ingin kongsikan pula dengan anda bagaimana memanfaatkan khasiat limau nipis ke seluruh kulit anda. Ia mampu melembapkan kulit anda yang kering ataupun bersisik.


Nak tahu caranya?


Oke, begini....


1) Sediakan beberapa biji limau nipis yang telah dibelah dua untuk digosokkan ke seluruh tubuh anda.

2) Mandi seperti biasa dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh anda.

3) Kemudian, gosokkan limau nipis tadi ke seluruh tubuh anda.

4) Pastikan ekstrak limau nipis tadi digosok pada bahagian kulit yang bermasalah seperti siku, tangan, kaki, betis ataupun muka.

5) Akhir sekali, bilas semula badan anda dengan air bersih dan lapkan dengan tuala bersih.

6) Bagi kepuasan yang lebih, anda boleh sapukan losyen badan ke seluruh tubuh terutamanya pada bahagian yang kulit yang kering atau bersisik.


Sekarang, anda sudah tahu cara mudah untuk melembutkan kulit, mengatasi kulit kering dan bersisik, kan? Amalkannya dan usah lokek kongsikannya dengan rakan yang lain tau. :)


Selamat Mencuba!

Cara Menghilangkan Jerawat dan Bintik Hitam


Ramai di antara kita amat runsing dengan masalah jerawat dan bintik hitam yang ehhh... tetiba jer muncul. Saya faham benar dengan situasi tersebut. Kurang keyakinan dan teramat malu nak berdepan dengan orang lain. Terutamanya mereka yang masih remaja, kannn? Memasing nak menghilangkan jerawat dengan sekelip mata cepat aje.

Sekiranya anda nak hilangkan jerawat dengan cepat, anda takkan menjumpainya di sini. Tapi, kalau anda mahukan cara yang lebih mudah, mungkin ia sedikit mengembirakan. :)


Cara yang dimaksudkan ialah dengan mengamalkan pemakaian sabun taharah. Sabun seluruh tubuh badan anda dengan sabun taharah setiap kali mandi. Lepas itu, biarkan ia menyerap ke kulit anda dalam 30 saat. Kalau nak lama sikit pun boleh.

Akhir sekali, bilas muka dan tubuh badan dengan air secukupnya. Itu saja. Mudah, kan?

Andainya anda belum pernah tengok bagaimana rupanya, lihat saja gambar di bawah. Kalau tak cakap pun, anda dah tahu, kan? Pandai! 



Sabun Taharah


Sabun taharah ni banyak khasiatnya. Selain menghilangkan jerawat dan jeragat, saya senaraikan sebahagiannya khas untuk anda yea;

~ Mengurangkan garis penuaan dan kedutan

~ Menghilangkan penyakit kulit seperti gatal-gatal kulit, kudis, kulit kering, kurap, panau dan tumit pecah.

~ Menghalus serta melembabkan kulit

~ Menghilangkan bau badan


Tapi, di mana nak dapatkannya??? Carilah saja di farmasi yang berdekatan. Pasti ada. 


Selamat mencuba sabun taharah yea!

12 Faktor Lemah Daya Ingatan


Ada sesetengah orang asyik lupa aje kerjanya. Sikit-sikit lupa. Walhal dah diberitahu berkali-kali, tetapi tetap juga lupa. Memang dia pelupa agaknya.


Lemah Daya Ingatan



Oke. Saya nak kongsi sikit beberapa faktor yang menyebabkan seseorang jadi pelupa. Dalam erti kata lain lemah daya ingatan. 12 faktor itu adalah;


1. Bercinta tidak berlunaskan ajaran Islam.

2. Bermain mata dengan wanita dan sebaliknya (zina mata).

3. Buang air kecil sambil menggosok gigi.

4. Minum minuman atau makan makanan yang telah dimasuki semut. 

5. Minum minuman dan makan makanan yang haram ataupun diperolehi secara haram.

6. Onani atau Bersetubuh.

7. Selalu mengadu domba serta mengumpat.

8. Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau berdukacita.

9. Suka melihat benda-benda yang haram.

10. Suka memikirkan perkara yang bukan-bukan.

11. Terlalu memikirkan pasal wanita dan begitu juga sebaliknya.

12. Tidak membaca Al-Quran dalam seharian.


Begitulah antara faktor yang menyebabkan kita boleh jadi pelupa. Kalau anda nak tambah faktor lain, silakan. Mudah-mudahan ia dapat  mengelakkan kita mudah lupa. :D

Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Muka Berminyak


Bagi kita yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya dengan memakai topeng muka. Ataupun masker muka yang boleh dibuat sendiri.

Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk kulit berminyak;

~ 1 biji telur

~ 1 sudu makan daun pudina

~ 1 sudu makan jus lemon

~ 1/2 biji timun telah yang dihiris


Cara membuatnya;

1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.

2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.

3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.

4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.

alt
Sekadar gambar hiasan

5. Biarkan ia sekitar 30 minit.

6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.


7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka.


Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea.  

Selamat Mencuba!


Tips Memelihara Kesegaran Wajah

Jika nampak wajah seseorang tu sentiasa kelihatan segar dan bermaya, pernah tak anda rasa hairan? Apa rahsia dia? Rutin harian dia memang sibuk memanjang. Tentu takde masa nak jaga muka. Dia bukannya muda lagi. Kahwin pun dah lama. Anak-anak pun dah besar panjang. Tapi muka tetap "maintain". Tak berkedut pulak tu.


Haishhh... macam-macam persoalan yang mungkin bermain di kepala anda. Buntu dibuatnya. Sedangkan anda yang lebih muda daripadanya pun dah mula timbul kedutan sana sini. Bila penat bekerja dan melayan anak-anak, muka pun nampak letih jer.

Hahh! Kalau anda nak tahu rahsianya, cubalah petua yang menggunakan pisang masak ni sebagai bahan utama.


pisang masak
Pisang masak



Cara-caranya;


1. Ambil beberapa biji pisang yang telah masak.

2. Kisar pisang tersebut sehingga ia menjadi seakan-akan krim.

3. Bila pisang tadi dah jadi krim, gunakanlah krim pisang tu sebagai bahan sapuan.

4. Sapukan pada keseluruhan kulit muka anda hingga rata.

5. Biarkannya dalam 20 minit.

6. Setelah 20 minit berlalu, bilas muka anda dengan air suam.

7. Kemudian, bilas sekali lagi dengan air sejuk pula.

8. Akhir sekali, lap muka anda perlahan-lahan dengan tuala bersih.


Amalkan selalu untuk mengekalkan kesegaran wajah anda dan mengelakkan daripada kulit muka daripada lekas berkedut.


Selamat Mencuba!

2 Petua Hilangkan Jerawat Belakang Badan


Masalah jerawat sebenarnya bukan hanya tertumpu pada muka saja. Ada sesetengah individu turut ditumbuhi jerawat pada belakang badan. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada bakteria akibat suka tidur semasa badan berpeluh.


Mungkin ada sebahagian kita, lepas balik kerja atau bersukan suka baring dulu atas karpet, tikar mahupun sofa untuk menghilangkan penat. Tapi kekadang belum sempat mandi dah terlelap. Itu yang belakang badan mudah naik jerawat.

Ada juga yang cakap kalau basuh baju, elakkan guna sabun yang berlebihan. Sama ada betul atau tidak, Missbelon pun kurang pasti.



Walau apa jua puncanya, saya pasti anda lebih berminat nak tahu petua untuk hilangkan jerawat belakang badan ni, kan?

Buat sementara ni, ada 2 petua yang boleh saya kongsi dengan anda iaitu;


1. Scrub Buah-buahan


Anda boleh gunakan scrub daripada ekstrak buah-buahan seperti betik, nanas ataupun kiwi.


Scrub Kiwi - Emmy Gabriel@Flickr.com



Cuma anda perlulah minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyapukan scrub tu pada keseluruhan belakang badan anda. Lakukan cara ini beberapa kali seminggu dan teruskan sampai 3 bulan.

Alternatif lain, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa yang berdekatan.



2. Kacang Hijau


~ Memula, ambil segenggam dua kacang hijau.

~ Kisar kacang hijau tersebut sampai halus.

~ Tapiskan kacang hijau yang telah dikisar halus tadi ke dalam sebuah bekas.

~ Kemudian, tambahkan sedikit air.

Pastikan campuran ini tak terlalu cair ataupun terlalu pekat ya.

~ Akhir sekali, sapukan campuran ini pada bahagian belakang badan anda.

Mintalah bantuan seseorang sama ada di kalangan ahli keluarga mahupun rakan serumah ya.

~ Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.

Sebaik-baiknya anda buat setiap hari sebelum mandi sehinggalah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.


Selamat Mencuba!