Sunday 23 September 2012

Petua Cerahkan Kulit Muka dengan Gula


Ramai yang mahu memutihkan kulit muka. Tapi was-was nak mencuba sesuatu petua. Betul ke ni? Confirm jadi ker? Dan pelbagai macam lagi persoalan yang menjadi tanda tanya. Saya di sini sekadar berkongsi. Menjadi atau tidak, itu di luar kemampuan saya. Apa yang sebaiknya, anda cuba dengan penuh yakin dan berdoa.
Jadi, istimewa untuk anda, saya kongsikan satu lagi petua memutihkan kulit muka. Hanya gunakan gula pasir ataupun gula perang aje.


Perhatian okey. Sekarang kita beralih ke langkah mempraktikkannya;


1. Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih.

2. Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.

3. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.

5. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.

6. Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.

7. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.

8. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.


Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan. Senang dan ringkas, kan? Boleh save masa dari duduk dekat spa..ehehe


Good Luck!


1 comment:

  1. Saya dah try petua ni within 3 days berturut-2..
    And guess what?
    Saya ni seorang yang aktif dalam kawad..
    So saya dh berjemur lebih kurang 2 bulan latihan tengah panas..
    So, muka saya mcm tak sekata (sunburn)
    Dan dalam masa 3 hari tu..
    Warna kulit saya dh sekata..
    Alhamdulillah :)
    Terima kasih sebab kongsikan petua ni..

    ReplyDelete