Monday 1 October 2012

Cara Melembutkan Kulit Dengan Limau Nipis


Limau nipis bukan saja bagus untuk mencantikkan kulit muka anda. Jika dulu, saya pernah memuatkan artikel mengenai Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis. Di mana penggunaan limau nipis hanya tertumpu pada kulit muka.

gambar limau nipis untuk melembutkan kulit


Kini, saya ingin kongsikan pula dengan anda bagaimana memanfaatkan khasiat limau nipis ke seluruh kulit anda. Ia mampu melembapkan kulit anda yang kering ataupun bersisik.


Nak tahu caranya?


Oke, begini....


1) Sediakan beberapa biji limau nipis yang telah dibelah dua untuk digosokkan ke seluruh tubuh anda.

2) Mandi seperti biasa dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh anda.

3) Kemudian, gosokkan limau nipis tadi ke seluruh tubuh anda.

4) Pastikan ekstrak limau nipis tadi digosok pada bahagian kulit yang bermasalah seperti siku, tangan, kaki, betis ataupun muka.

5) Akhir sekali, bilas semula badan anda dengan air bersih dan lapkan dengan tuala bersih.

6) Bagi kepuasan yang lebih, anda boleh sapukan losyen badan ke seluruh tubuh terutamanya pada bahagian yang kulit yang kering atau bersisik.


Sekarang, anda sudah tahu cara mudah untuk melembutkan kulit, mengatasi kulit kering dan bersisik, kan? Amalkannya dan usah lokek kongsikannya dengan rakan yang lain tau. :)


Selamat Mencuba!

Cara Menghilangkan Jerawat dan Bintik Hitam


Ramai di antara kita amat runsing dengan masalah jerawat dan bintik hitam yang ehhh... tetiba jer muncul. Saya faham benar dengan situasi tersebut. Kurang keyakinan dan teramat malu nak berdepan dengan orang lain. Terutamanya mereka yang masih remaja, kannn? Memasing nak menghilangkan jerawat dengan sekelip mata cepat aje.

Sekiranya anda nak hilangkan jerawat dengan cepat, anda takkan menjumpainya di sini. Tapi, kalau anda mahukan cara yang lebih mudah, mungkin ia sedikit mengembirakan. :)


Cara yang dimaksudkan ialah dengan mengamalkan pemakaian sabun taharah. Sabun seluruh tubuh badan anda dengan sabun taharah setiap kali mandi. Lepas itu, biarkan ia menyerap ke kulit anda dalam 30 saat. Kalau nak lama sikit pun boleh.

Akhir sekali, bilas muka dan tubuh badan dengan air secukupnya. Itu saja. Mudah, kan?

Andainya anda belum pernah tengok bagaimana rupanya, lihat saja gambar di bawah. Kalau tak cakap pun, anda dah tahu, kan? Pandai! 



Sabun Taharah


Sabun taharah ni banyak khasiatnya. Selain menghilangkan jerawat dan jeragat, saya senaraikan sebahagiannya khas untuk anda yea;

~ Mengurangkan garis penuaan dan kedutan

~ Menghilangkan penyakit kulit seperti gatal-gatal kulit, kudis, kulit kering, kurap, panau dan tumit pecah.

~ Menghalus serta melembabkan kulit

~ Menghilangkan bau badan


Tapi, di mana nak dapatkannya??? Carilah saja di farmasi yang berdekatan. Pasti ada. 


Selamat mencuba sabun taharah yea!

12 Faktor Lemah Daya Ingatan


Ada sesetengah orang asyik lupa aje kerjanya. Sikit-sikit lupa. Walhal dah diberitahu berkali-kali, tetapi tetap juga lupa. Memang dia pelupa agaknya.


Lemah Daya Ingatan



Oke. Saya nak kongsi sikit beberapa faktor yang menyebabkan seseorang jadi pelupa. Dalam erti kata lain lemah daya ingatan. 12 faktor itu adalah;


1. Bercinta tidak berlunaskan ajaran Islam.

2. Bermain mata dengan wanita dan sebaliknya (zina mata).

3. Buang air kecil sambil menggosok gigi.

4. Minum minuman atau makan makanan yang telah dimasuki semut. 

5. Minum minuman dan makan makanan yang haram ataupun diperolehi secara haram.

6. Onani atau Bersetubuh.

7. Selalu mengadu domba serta mengumpat.

8. Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau berdukacita.

9. Suka melihat benda-benda yang haram.

10. Suka memikirkan perkara yang bukan-bukan.

11. Terlalu memikirkan pasal wanita dan begitu juga sebaliknya.

12. Tidak membaca Al-Quran dalam seharian.


Begitulah antara faktor yang menyebabkan kita boleh jadi pelupa. Kalau anda nak tambah faktor lain, silakan. Mudah-mudahan ia dapat  mengelakkan kita mudah lupa. :D

Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Muka Berminyak


Bagi kita yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya dengan memakai topeng muka. Ataupun masker muka yang boleh dibuat sendiri.

Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk kulit berminyak;

~ 1 biji telur

~ 1 sudu makan daun pudina

~ 1 sudu makan jus lemon

~ 1/2 biji timun telah yang dihiris


Cara membuatnya;

1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.

2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.

3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.

4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.

alt
Sekadar gambar hiasan

5. Biarkan ia sekitar 30 minit.

6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.


7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka.


Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea.  

Selamat Mencuba!


Tips Memelihara Kesegaran Wajah

Jika nampak wajah seseorang tu sentiasa kelihatan segar dan bermaya, pernah tak anda rasa hairan? Apa rahsia dia? Rutin harian dia memang sibuk memanjang. Tentu takde masa nak jaga muka. Dia bukannya muda lagi. Kahwin pun dah lama. Anak-anak pun dah besar panjang. Tapi muka tetap "maintain". Tak berkedut pulak tu.


Haishhh... macam-macam persoalan yang mungkin bermain di kepala anda. Buntu dibuatnya. Sedangkan anda yang lebih muda daripadanya pun dah mula timbul kedutan sana sini. Bila penat bekerja dan melayan anak-anak, muka pun nampak letih jer.

Hahh! Kalau anda nak tahu rahsianya, cubalah petua yang menggunakan pisang masak ni sebagai bahan utama.


pisang masak
Pisang masak



Cara-caranya;


1. Ambil beberapa biji pisang yang telah masak.

2. Kisar pisang tersebut sehingga ia menjadi seakan-akan krim.

3. Bila pisang tadi dah jadi krim, gunakanlah krim pisang tu sebagai bahan sapuan.

4. Sapukan pada keseluruhan kulit muka anda hingga rata.

5. Biarkannya dalam 20 minit.

6. Setelah 20 minit berlalu, bilas muka anda dengan air suam.

7. Kemudian, bilas sekali lagi dengan air sejuk pula.

8. Akhir sekali, lap muka anda perlahan-lahan dengan tuala bersih.


Amalkan selalu untuk mengekalkan kesegaran wajah anda dan mengelakkan daripada kulit muka daripada lekas berkedut.


Selamat Mencuba!

2 Petua Hilangkan Jerawat Belakang Badan


Masalah jerawat sebenarnya bukan hanya tertumpu pada muka saja. Ada sesetengah individu turut ditumbuhi jerawat pada belakang badan. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada bakteria akibat suka tidur semasa badan berpeluh.


Mungkin ada sebahagian kita, lepas balik kerja atau bersukan suka baring dulu atas karpet, tikar mahupun sofa untuk menghilangkan penat. Tapi kekadang belum sempat mandi dah terlelap. Itu yang belakang badan mudah naik jerawat.

Ada juga yang cakap kalau basuh baju, elakkan guna sabun yang berlebihan. Sama ada betul atau tidak, Missbelon pun kurang pasti.



Walau apa jua puncanya, saya pasti anda lebih berminat nak tahu petua untuk hilangkan jerawat belakang badan ni, kan?

Buat sementara ni, ada 2 petua yang boleh saya kongsi dengan anda iaitu;


1. Scrub Buah-buahan


Anda boleh gunakan scrub daripada ekstrak buah-buahan seperti betik, nanas ataupun kiwi.


Scrub Kiwi - Emmy Gabriel@Flickr.com



Cuma anda perlulah minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyapukan scrub tu pada keseluruhan belakang badan anda. Lakukan cara ini beberapa kali seminggu dan teruskan sampai 3 bulan.

Alternatif lain, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa yang berdekatan.



2. Kacang Hijau


~ Memula, ambil segenggam dua kacang hijau.

~ Kisar kacang hijau tersebut sampai halus.

~ Tapiskan kacang hijau yang telah dikisar halus tadi ke dalam sebuah bekas.

~ Kemudian, tambahkan sedikit air.

Pastikan campuran ini tak terlalu cair ataupun terlalu pekat ya.

~ Akhir sekali, sapukan campuran ini pada bahagian belakang badan anda.

Mintalah bantuan seseorang sama ada di kalangan ahli keluarga mahupun rakan serumah ya.

~ Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.

Sebaik-baiknya anda buat setiap hari sebelum mandi sehinggalah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.


Selamat Mencuba!

tips Menghaluskan Kulit Wajah


Khusus buat anda yang menitikberatkan aspek kecantikan wajah, ada satu petua untuk menghaluskan serta melicinkan kulit muka. Caranya pun taklah sesukar mana. Kos untuk mengamalkan petua ni pun agak rendah. Ini kerana bahan-bahan yang diperlukan hanyalah;

~ Segenggam daun bayam


gambar daun bayam
Gambar daun bayam 


~ Sebiji kuning telur

~ Sedikit madu

~ Sedikit air mawar


air mawar



Cara untuk menghaluskan kulit anda dengan menggunakan daun bayam ni adalah;


1. Ambil segenggam daun bayam tadi dan bersihkannya dahulu.

2. Tumbuk kesemua daun bayam tu sehingga lumat dan halus.

3. Selepas itu, campurkan kuning telur, madu dan air mawar bersama dengan daun bayam yang telah ditumbuk halus tadi.

4. Gaulkan kesemua bahan itu hingga rata. Ia bertujuan menjadikannya sebagai topeng muka (masker).

5. Seterusnya, sapukanlah masker tersebut ke muka anda. Biarkannya di muka anda hingga kering.

6. Akhir sekali, cucilah muka anda dengan air bersih.


Anda perlu membuat petua ini hanya sekali dalam seminggu. Jika anda rajin mengamalkannya, kulit muka anda pasti lebih halus dan licin kelak.


10 Penyebab Kerosakan Otak


Otak o-tak adalah aset paling bernilai kurniaan Maha Pencipta. Anda pastinya mengidamkan otak yang bergeliga, kan? Kerosakan otak pula bagaikan satu mimpi ngeri yang boleh memusnahkan masa depan karier anda. Untuk itu, ada baiknya anda ketahui 10 penyebab kerosakan otak agar anda terus memiliki otak yang sihat.


10 Penyebab Kerosakan Otak;


[1] Mengabaikan sarapan pagi

Ramai di antara anda yang mengabaikan kepentingan sarapan pagi nih. Tahu tak apa kesannya pada otak?

Anda akan mengalami kekurangan gula dalam darah. Ia akan menyebabkan bekalan nutrien tak cukup untuk dihantar ke otak. Seterusnya, anda akan mengalami kemerosotan otak.


[2] Tak cukup tidur

Biasalah tu, orang muda. Mestilah tak cukup tidur. Assignment/kerja berlambak yang nak disiapkan!

Tapi, kalau anda berterusan tak cukup tidur ia akan menjejaskan sel otak. Akibatnya, anda berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan otak. Maksudnya, otak anda tak berfungsi lagi la!


[3] Menutup kepala ketika tidur

Saya kurang pasti jika ramai di antara anda yang mempunyai tabiat ni. Tapi jika ada, dengan menutup kepala ketika tidur boleh meningkatkan karbon dioksida seterusnya mengurangkan kandungan oksigen dalam badan anda.

Hal ini pun boleh menyebabkan kerosakan otak tau.


[4] Banyak makan

Saya yakin anda tahu bahawa makan dengan kuantiti yang banyak boleh membawa mudarat. Lebih baik makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. :)

Apabila anda terlebih makan, ia menyebabkan berlakunya pengerasan kat bahagian arteri otak. Natijahnya, ia bakal memperlahankan kuasa mental anda.


[5] Merokok

Merokok ni menyumbang kepada pengecutan otak. Juga boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.

Ayuh, katakan taknak pada rokok!


[6] Pengambilan gula yang berlebihan

Anda suka makan/minum yang manis-manis? Kalau ya, pastikan anda lebih berhati-hati selepas ini. Ini kerana, pengambilan gula yang berlebihan menganggu penyerapan protein dan nutrien yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.

Kesannya, ia merencatkan perkembangan otak.


[7] Memaksa otak bekerja

Jika badan anda tak sihat, janganlah dipaksa otak tu untuk berfikir. Ataupun paksa otak anda bekerja walaupun rasa tak larat. Sebaik-baiknya bawaklah berehat. Kalau dah tak sihat, buatlah cara tak sihat.

Sebabnya, kalau anda tetap berdegil memaksa otak bekerja, ia boleh menyumbang kepada kerosakan saraf otak.


[8] Berfikiran sempit

Huhuhu.. baru saya tahu yang berfikiran sempit pun boleh mengecutkan otak. Sebagai alternatif, selalulah berfikir supaya dapat meransang otak anda, ok.


[9] Pencemaran udara

Otak anda memerlukan bekalan oksigen bersih yang mencukupi. Jadi, pastikan anda tak terdedah kepada pencemaran udara. Ini kerana, pencemaran udara boleh mengurangkan kecekapan fungsi otak.


[10] Jarang berkomunikasi

Komunikasi yang membawa faedah dapat meransang perkembangan otak. Sama juga macam berfikir tadi. Sebaiknya berfikiran positiflah. :)

Tahukah anda, kalau anda jarang berkomunikasi... lama-kelamaan fungsi otak anda akan mengalami kemunduran.

Itulah serba sedikit penyebab yang boleh merosakkan otak anda. Kalau ada yang kurang, anda boleh tambah di ruangan komen ya. :)

Sayangilah otak anda!

Petua Lebatkan Rambut


Petua kali ni adalah mengenai cara melebatkan rambut. Skali lagi, bahan yang anda perlukan adalah simple jer iaitu pati santan. Anda hanya perlukan pati santan daripada 1 biji kelapa.


Intro: Sediakan sebiji kelapa dulu



Cara membuatnya chewaaah macam nak masak la plak:


1. Mula-mula, perah santan kelapa tu dengan air suam. Hanya sekali perah saja, ok.


1.0: Perah skali saja tau

2. Basahkan dulu rambut anda. Kemudian, lumurkan pati santan tadi kat rambut. Lumur sampai ke akar rambut yer.


3. Bila dah selesai, perapkan rambut anda dengan tuala kering selama 20-30 minit. Biarkan pati santan tu serap.


4. Setelah itu, cucilah rambut anda dengan air suam.


5. Seterusnya, keringkan rambut anda dengan pengering rambut yer.


--- SIAP!


Anda disarankan mengamalkan petua ni dalam 2 kali seminggu. Ataupun sekali untuk setiap 3-4 hari.


Sekiranya tiada aral, dengan mengamalkan petua ini, ia akan melebatkan rambut anda dan secara tak langsung mengelakkannya daripada gugur. Saya doakan juga agar anda yang mencuba petua ni mendapat hasilnya. : )


Selamat Mencuba!

Tips Menghilangkan Bau Badan


Masalah badan berbau akan membuatkan orang yang berada di sekeliling anda kurang selesa. Cuma mereka mungkin tak sampai hati atau serba salah nak "sound direct" kat anda. Tapi kalau anda dah sedar yang bau badan anda tu agak kuat, cuba anda lakukan petua yang akan saya kongsi di bawah nanti.

Kali ini, ada 2 petua yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan bau badan. Anda boleh gabungkan kedua-duanya sekali untuk hasil yang lebih baik.



PERTAMA:



- Anda ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab anda perlukan "jus" nya.





- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.

- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.

- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.

- Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.



KEDUA:

Sekiranya anda berpeluh, lapkan peluh tersebut dengan menggunakan tisu pelembap bayi



Kalau anda seorang yang aktif bersukan, gemar melakukan aktiviti lasak atau kerap berpeluh bolehlah gunakannya.



Selamat Mencuba!

Petua Hilangkan Jerawat Batu


Masalah jerawat ni sering menghantui diri sesetengah individu. Kebanyakannya dialami oleh golongan remaja lah. Masa ni jerawat memang tengah galak baru nak tumbuh. Kalau tak dijaga, dikhuatiri melarat plak nanti.

Tak dinafikan juga, orang dewasa pun ramai yang mengalami masalah ni. Sebenarnya, pelbagai cara dan petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Ada yang memakan masa yang agak lama untuk sembuh dan begitulah sebaliknya. Ia bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah cara hidup anda sendiri.




Kali ni saya nak bagi satu lagi petua. Sesuai untuk anda yang ada jerawat batu. Gunakan bawang putih jer. Jom kita tengok cara menghapuskannya. :)



1. Ambil seulas bawang putih dan basuh dulu supaya bersih.

2. Titikkan dulu bawang putih tu dan sapukan pada tempat yang ditumbuhi jerawat batu.

3. Amalkan sehinggalah semua jerawat akan hilang. Mudah, kan?







Selamat Mencuba!

Hilangkan Parut Jerawat Kat Muka


Ramai tak di antara anda yang mengalami masalah untuk hilangkan parut jerawat? Kebiasaannya nak hilangkan parut atau bekas jerawat ni memakan masa gak. Sehinggakan kadang2 ada yang dah putus asa menunggu. Waduh... ianya pastinya menguji tahap kesabaran anda, kan?kulit anda pasti kembali sihat bila dah jumpa petua @ kaedah rawatan yang sesuai dengan kulit anda.


Nah, ni ada satu petua kecantikan untuk menghilangkan kesan jerawat kat muka anda. Ikuti langkah di bawah, okey;


1. Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.

gambar daun cekur 1
Gambar Daun Cekur - Wikipedia


gambar rizom cekur 1
Gambar Rizom Cekur - Mardi



2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.

3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.

4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.

5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih.


Amalkan pemakaian bedak sejuk + rizom cekur ni sampailah parut jerawat anda tu hilang.



Selamat Mencuba!