Wednesday 26 September 2012

Memutihkan gigi dengan strawberi.


Bagi penggemar setia kopi mahupun teh, anda mungkin sedang berdepan dengan masalah gigi kekuningan. Sesetengah anda mungkin dah lama mengalaminya. Ada yang dah cuba bermacam cara, tapi tiada sebarang perubahan. Penat adalah .

Kalau begitu, Missbelon nak bantu anda dengan menambah satu lagi cara memutihkan gigi. Harap anda yang bermasalah tu, sudi-sudikanlah mencubanya ya. Siapa tahu, usaha anda akan membuahkan hasil.

Cara memutihkan gigi yang disyorkan adalah dengan memanfaatkan khasiat yang ada pada buah strawberi.





Mengapa pula strawberi?


Buah strawberi ni mengandungi asid yang bertindak sebagai khasiat pemutih. Di mana ia mampu menghilangkan kesan makanan seperti kopi dan teh. Jelas?


Jadi, untuk memutihkan gigi anda, ikut saja langkah berikut;


1. Ambil sebiji buah strawberi.

2. Kemudian, hancurkannya dengan jari anda (pastikan jari anda tu bersih tau).

3. Gosokkan buah strawberi yang telah dihancurkan pada gigi yang kekuningan.

4. Biarkan ia seketika dalam 2 minit.

5. Akhir sekali, bilas gigi anda dan seterusnya gosoklah gigi seperti biasa. 


Good LUck!!

Memutihkan ketiak dan leher


SAlam,

Hari ni Missbelon nak share tips cara memutihkan ketiak dan leher. Satu cara tapi ada dua kebaikan.Bak kata pepatah 'Sambil Menyelam minum air'. 

Andainya bawah leher agak hitam, cubalah petua di bawah ini;

1. Sediakan bahannya iaitu kunyit, limau nipis dan timun.

2. Memula, anda perahkan limau nipis.


3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.




4. Seterusnya, anda tumbukkan sedikit kunyit.

5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.

6. Akhir sekali, anda sapukan bahan-bahan di atas pada bahagian bawah leher atau ketiak. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.

Petua ini perlu dibuat setiap hari sehinggalah anda puas hati dengan hasilnya.


Good Luck!!

Monday 24 September 2012

Perfect Winged Eyeliner Tutorial

Cakk,

cara nak pakai eyeliner dah tau nak buat eyeliner tu lagi menarik pelbagai style atau nama dia

Winged Eyeliner ha kan? betol tak ni? Missbelon prefer wing eyeliner tu sebab entah tak tau lah mybe sebab cantik and unik.mata lagi terbentuk. so tengok tutorial bawah ni..



atau bawah ni

mana korang lebih suka?

Selamat Mencuba!!

Tips memakai Eyeliner

Okey..Memang agak ketinggalan Missbelon ni baru nak update tutorial memkai eyeliner..so far 
memang Missbelon kalau pergi mana-mana harus memakai eyeliner sebagai ape orang kata 
nampak mata tu sikit sepet je.(sepet-sepet comel juga) kalau tak pakai pun takpe pergi pasar 
takde lah Missbelon pakai.Malas membebel panjang panjang tengok tutorial bawah ni..

Mula-mula try pakai eyeliner memang susah sikit tapi bejuang hahaha 




so? da tengok video ni..apalagi cer try nanti bagi feedback ye..

Good Luck!! 

Mata Panda? Jom Atasinya


Salam, hari ni Missbelon nak share petua nak merawat lingkaran hitam bawah mata.
 
Terdapat 5 cara mengatasinya ayuh tengok:

[1] Gunakan sama ada timun, ubi kentang ataupun tomato

Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudian, lekapkan hirisan tu kat mata anda. Biarkan lebih kurang 20-30 minit.

Kebaikannya: Mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.


Atau cara alternatifnya;


Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul-betul bersih yer. Lepas tue, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam bawah mata untuk beberapa minit.

Selepas tue, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.


[2] Uncang teh


Rendam 2 uncang teh dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 minit yer.

Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.


[3] Minyak almond


Untuk pengetahuan anda, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat.

Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.

Anda juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. :)


[4] Zat besi, vitamin c dan asid folik


Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol.

Penting juga, kurangkan merokok dan kalau mampu ... say no to smoking. =D

Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. :)


[5] Biji buah berangan


Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Anda boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecair bagi mengurangkan masalah ni.

Psst...Sebenarnya, pengecutan saluran darah kat bahagian mata dan hidung la yang menyumbangkan terjadinya lingkaran hitam tue.

Sunday 23 September 2012

Tips nak hilangkan bulu ketiak


Dengar tajuk mesti ramai 'Omak ai nak hilangkan bulu ketiak pon ada tips Tak malu ka?'

Nak malu buat apa kan? memang ini adalaha satu problem yang amat menjadi kerisauan bagi setiap manusia

Justeru itu, di sini ada satu petua untuk menghilangkan bulu ketiak. Bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah;

- 10 biji lada sulah

- 3 butir kapur barus

- 1 sudu minyak tanah

Jeng jeng langkah-langkahnya:


1. Tumbuk semua lada sulah dan kapur barus sehingga halus.

2. Campurkan sesudu minyak tanah kepada campuran di atas dan gaul hingga rata.

3. Kemudian, sapulah minyak tersebut pada ketiak anda sebelum tidur.


Selamat Mencuba!

Buat pengetahuan semua Missbelon belum pernah try tips ni tapi dengar nenek-nenek dok bercerita petua-petua ni semua.

Kulit Berkedut


Masalah kulit berkedut ni memang dihadapi oleh semua orang. Sama ada bakal, sedang ataupun telah mengalaminya. Setiap yang muda pasti akan tua. Itupun kalau dipanjangkan umurlah Semakin tua usia kita, kulit pun makin berkedut dan tidak berseri lagi seperti dulu.

Kebarangkalian kulit untuk berkedut dalam usia yang agak muda kemungkinan lebih tinggi kalau anda tak menjaga pemakanan, tidak bersenam dan tak peduli langsung pasal keadaan kulit.


Meh sini Missbelon nak share tips sikit:

Bahan-bahan asas yang diperlukan memang mudah didapati iaitu 1 batang lobak merah, 1 biji kuning telur dan 1 sudu tepung jagung.





Sebatang lobak merah jer dah cukup


Caranya:

1. Anda bersihkah dulu lobak merah tadi. Kemudian parut. Kalau nak kisar pun boleh.

2. Seterusnya, campurkan kuning telur dan sesudu tepung jagung dengan lobak merah yang dah diparut.

3. Kacau ketiga-tiga bahan tu sampai sebati.

4. Then... lumurkanlah kat muka anda.

5. Sebaik-baiknya buat pada waktu malam. Beberapa jam sebelum nak tidur.

6. Sebelum masuk tidur, cuci dulu muka anda tu dengan air yang agak suam kuku.Jangan air panas ye bukan setakat kedut hilang muka-muka sekali hilang

7. Amalkan petua ni 1 kali dalam seminggu. Buat sampai anda puas hati dengan kulit muka masing-masing, ok.


Good Luck!! =D


Selulit?? Oh No!!


Langkah-langkahnya:




1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas.

2. Kacau sampai sebati.

3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh anda.

4. Sambil itu, urutlah secara lembut tubuh anda. Terutamanya pada bahagian yang ada selulit.

5. Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.

6. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.


Amalkan cara hilangkan selulit dengan kopi ini beberapa kali seminggu hingga anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.


Selamat mencuba!
Good Luck ye!!


Tips nak cegah uban dengan..

Salam, tips cegah uban dengan teh.. 

Okey, sekarang uban ni ada tak kira peringkat orang tua atau muda,Uban ni kadang kala menganggu sikit yelah gatal kan? Sini sini MissBelon nak share tips.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1 cawan teh pekat
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

1. Masukkan garam ke dalam secawan teh pekat.

2. Kacau hingga sebati.

3. Curahkan perlahan-lahan teh masin tadi ke seluruh rambut.

4. Urut kepala secara lembut.

5. Setelah itu, biarkannya selama 1 jam.

6. Akhir sekali, bilas rambut dengan air sejuk.


Ulangi cara di atas sebulan sekali. Dengan izin-Nya, kita boleh mencegah uban.

Kalau jadi bagitahu lah MIssbelon ye.

Petua Cerahkan Kulit Muka dengan Gula


Ramai yang mahu memutihkan kulit muka. Tapi was-was nak mencuba sesuatu petua. Betul ke ni? Confirm jadi ker? Dan pelbagai macam lagi persoalan yang menjadi tanda tanya. Saya di sini sekadar berkongsi. Menjadi atau tidak, itu di luar kemampuan saya. Apa yang sebaiknya, anda cuba dengan penuh yakin dan berdoa.
Jadi, istimewa untuk anda, saya kongsikan satu lagi petua memutihkan kulit muka. Hanya gunakan gula pasir ataupun gula perang aje.


Perhatian okey. Sekarang kita beralih ke langkah mempraktikkannya;


1. Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih.

2. Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.

3. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.

5. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.

6. Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.

7. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.

8. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.


Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan. Senang dan ringkas, kan? Boleh save masa dari duduk dekat spa..ehehe


Good Luck!