Wednesday, 26 September 2012

Memutihkan ketiak dan leher


SAlam,

Hari ni Missbelon nak share tips cara memutihkan ketiak dan leher. Satu cara tapi ada dua kebaikan.Bak kata pepatah 'Sambil Menyelam minum air'. 

Andainya bawah leher agak hitam, cubalah petua di bawah ini;

1. Sediakan bahannya iaitu kunyit, limau nipis dan timun.

2. Memula, anda perahkan limau nipis.


3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.




4. Seterusnya, anda tumbukkan sedikit kunyit.

5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.

6. Akhir sekali, anda sapukan bahan-bahan di atas pada bahagian bawah leher atau ketiak. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.

Petua ini perlu dibuat setiap hari sehinggalah anda puas hati dengan hasilnya.


Good Luck!!

No comments:

Post a Comment