Masalah kulit berkedut ni memang dihadapi oleh semua orang. Sama ada bakal, sedang ataupun telah mengalaminya. Setiap yang muda pasti akan tua. Itupun kalau dipanjangkan umurlah Semakin tua usia kita, kulit pun makin berkedut dan tidak berseri lagi seperti dulu.
Kebarangkalian kulit untuk berkedut dalam usia yang agak muda kemungkinan lebih tinggi kalau anda tak menjaga pemakanan, tidak bersenam dan tak peduli langsung pasal keadaan kulit.
Meh sini Missbelon nak share tips sikit:
Bahan-bahan asas yang diperlukan memang mudah didapati iaitu 1 batang lobak merah, 1 biji kuning telur dan 1 sudu tepung jagung.
Sebatang lobak merah jer dah cukup
Caranya:
1. Anda bersihkah dulu lobak merah tadi. Kemudian parut. Kalau nak kisar pun boleh.
2. Seterusnya, campurkan kuning telur dan sesudu tepung jagung dengan lobak merah yang dah diparut.
3. Kacau ketiga-tiga bahan tu sampai sebati.
4. Then... lumurkanlah kat muka anda.
5. Sebaik-baiknya buat pada waktu malam. Beberapa jam sebelum nak tidur.
6. Sebelum masuk tidur, cuci dulu muka anda tu dengan air yang agak suam kuku.Jangan air panas ye bukan setakat kedut hilang muka-muka sekali hilang
7. Amalkan petua ni 1 kali dalam seminggu. Buat sampai anda puas hati dengan kulit muka masing-masing, ok.
Good Luck!! =D

No comments:
Post a Comment